Lamanya tak menulis blog. Entah orang ingat lagi ke tak kewujudan blog yang tidak glamour ini ;). SyukurAlhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk menulis blog ini. Di celah-celah jadual hidup yang makin hari makin padat dengan tanggungjawab kerja, aku cuba untuk mencari masa menulis blog iaitu waktu selesai tugasan kerja = lewat petang ataupun malam.
Alhamdulillah, inilah entri pertamaku untuk tahun 2013. Tahun baru, azam baru, semangat baru, kereta pun baru! ;).
Foto untuk entri ini adalah homemade baulu/bahulu dari kami suami isteri. Air tangan suami sebenarnya. Beliau yang rajin sungguh megadun bahan-bahan baulu. Sangat sedap!
Ada cerita di sebalik baulu ini. Pada mulanya, aku yang beriya benar nak buat baulu. Tapi hasilnya kurang menepati piawaian...di mana silapnya?... silapnya kuantiti telur yang kurang. Menurut emak, baulu tradisional memerlukan banyak telur dan ketabahan untuk memukul telur dalam masa yang panjang. Barulah baulu tersebut betul-betul mirip versi tradisional. Tiga kali ku mencuba tak juga menjadi. Akhirnya, cubaan keempat suami yang tolong. Beliau yang mengambil alih tugas dari A hingga Y. peringkat Z adalah jaga suhu oven, sapa lagi, aku lah yang mengambil tugas paling ringkas itu ;0).
Alhamdulillah, menjadi! Terima kasih suami sebab turun padang bantu isterimu yang tengah kemaruk dengan kuih baulu buatan dari dapur kita sendiri. Resepi kemudian hari aku kemaskini. Sebab aku dah kat bilik tidur sekarang ni, buku resepi kat gerobok dapur. Aku malas nak menapak turun tangga, mata dah ngantok. Ok, wassalam.
Resepi akan dikongsi pada lain entri :0).
5 comments:
Assalam nurul...
missssss uuuuu....
rajinnnya buat homemade bahulu...
akak beli jerk tau sbb anak2 memang gemar bahulu.....
cantik...comei2 jerk bahulu tu....
Kmk tabik ngan gambar2 ktkduak laki bini ambik.. Kachak! :)
Dear kak mas:
W'salam, kak mas...
Rindu kak mas jugak....
Dh lama kita x keep in touch...
In shaa Allah, once free nanti nak dating ngn kak mas :)
Dear kak mas:
W'salam, kak mas...
Rindu kak mas jugak....
Dh lama kita x keep in touch...
In shaa Allah, once free nanti nak dating ngn kak mas :)
Dear bro khairul onggon:
Terimak kaseh, bro.
Gmbr yg ktk tangkap kacak gik. Mek selalu jadi silent reader blog ktk, jadikn gmbr2 yg ktk captured sbg rujukan :)
Post a Comment